Tuesday, 25 October 2016

Kantoi Bawa Isteri Orang Keluar Tanpa Kebenaran, Lelaki Acu Pistol Pada Si Suami



ALOR SETAR - Dua kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan polis selepas terbabit dengan ugutan jenayah membabitkan penggunaan senjata api dalam pergaduhan Jumaat lalu, lapor Harian Metro

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, kedua-dua lelaki yang berusia 33 dan 36 tahun itu ditahan sebaik saja mereka menyerah diri di Balai Polis Kepala Batas, jam 9 malam.

Polis juga turut merampas sepucuk pistol jenis Revolver bersama lima butir peluru dari seorang daripada suspek berkenaan. 
Dalam kejadian pada 21 Oktober lalu, suspek disyaki membawa keluar dua wanita berusia 30'an tanpa kebenaran suami wanita terbabit untuk beberapa hari. 

"Perkara itu akhirnya diketahui oleh suami wanita terbabit yang bertindak memintas kenderaan suspek di hadapan restoran di Jalan Sultanah Bahiyah, kira-kira jam 2 petang sebelum berlaku pertikaian dan pergaduhan di antara suspek dengan suami kepada wanita berkenaan. 

"Seorang daripada suspek kemudian mengeluarkan pistol dan mengacukan ke arah suami," katanya. 

Orang awam yang menyaksikan kejadian itu kemudian bertindak membantu suami wanita itu untuk menenangkan keadaan. 

Siasatan awal polis mendapati, lelaki berkenaan adalah kakitangan Bahagian Kawal Selia yang berkhidmat dengan sebuah syarikat GLC. 

Suspek kini direman sehingga 27 Oktober dan kes disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Konon Nak Deal Bisnes, Tapi Rupa-Rupanya Nak Tipu Duit Orang Beribu-riban


3-4 hari yang lalu, saya dapat tawaran untuk supply nasi 100 bungkus sehari selama enam bulan. Satu kepada, dia kira RM12 termasuk air. Sounds good kan? Kalau betul, Alhamdulillah rezeki. 

Hari ini, kononnya Boss #1 nak berjumpa dengan saya untuk berbincang mengenai agreement semua. Selepas semua berbincang, dia pun seutju bayar deposit RM72,000 dalam masa seminggu ini. Duit makan sebulan, deposit sebulan. 

Dalam masa yang sama, mereka ada deal satu jualan tanah. Tuan tanah pula nak guna duit kerana bapa mertuanya sakit dan memerlukan wang sebanyak Rm400,000 segara. Harga tanah yang dijual pula adalah RM800,000. 

Di depan saya, Boss #1 serahkan wang tunai RM30,000 dan suruh beri deposit pada tuan tanah dan cepat-cepat pergi kononnya ada urusan yang mustahak di Singapura. Jadi, tidak boleh diganggu. 

Selepas berbincang dengan Boss #2 itu tetap mahukan wang tunai RM400,000 hari ini juga. Boss #1 berkata, dia hanya ada wang tunai sebanyak RM200,000 sahaja. Baki RM200,000 sedang diusahakan. 

Tiba-tiba Boss #2 meminta dari saya.

"Eh? Apa kena mengena saya dengan urusan jual beli tanah mereka ini?"

Boss #2 kata, dia akan berikan komisen pada saya sebab tanah itu nanti akan dijual balik dengan harga RM1.2 juta. Malah, dia meminta saya membantunya sebanyak RM10,000 atau RM20,000.
"Saya tak ada duit. Air liur, ada lah," kata saya. 

Gagal memujuk saya walaupun mereka dah beri saya minum air apa pun tak pasti. Selepas jumpa, lelaki Cina itu menghubungi saya dan bertanya tentang RM10,000. Saya tetap tegas bahawa saya tak ada duit sebanyak itu. Perempuan yang order nasi goreng itu pula sudah mematikan telefon bimbitnya. Memang sahlah mereka semua ini adalah kaki scammer.

Enam orang yang terlibat iaitu
  1. Tukar order nasi
  2. Manager (cina)
  3. Assistant Manager
  4. Boss number (cina)
  5. Tuan Tanah
  6. Driver Melayu berkopiah.
Nasib baik saya tak pakai apa-apa barang kemas, malah duit dan kad bank juga tidak dibawa bersama pada ketika itu.  Syukurlah tiada apa-apa yang berlaku. Sebelum keluarga baca ayat Qursi banyak-banyak sebab saya risau di pukau. 

Rupa-rupanya ramai yang sudah terkena. Ramai juga yang menghubungi saya melalui Facebook dan mendakwa modus operandi sekumpulan scammer adalah sama,

Saya hanya sempat merakam gambar wanita ini sahaja. Wanita inilah yang seringkali menghubungi saya untuk berurusniaga nasi itu. 

Menurut pakcik yang saya suruh mengekori saya secara senyap-senyap dari belakang seperti saya pergi ke perbincangan itu, dia ternampak semua yang datang itu turun dari Hotel Aston, Nilai. Rupa-rupanya mereka bekampung di situ. - Norlaila Dlaila | The Reporter

'Saya Ditegur Tak Hormat Islam Kerana Bantu Orang Pakai Seluar Pendek' - Kuan


PUCHONG - "Saya ditegur tak hormat Islam kerana bantu orang pakai seluar pendek. Saya mohon maaf," demikian kata Kuan Chee Heng, hari ini. 

Aktivis sosial itu meluahkan rasa terkilannya dituduh tidak hormat Islam hanya kerana memakai seluar pendek ketika masuk ke rumah orang Islam. 

"Saya kecewa dan terkilan kerana saya ditegur memakai seluar pendek dan dituduh tidak menghormati Islam ketika masuk ke rumah orang Islam. Ikutkan hati, mahu saja melepaskan mereka semua. Tetapi saya rasa walaupun saya bukan Islam dan pakai seluar pendek, saya mungkin kafir dan mungkin murtad, tetapi saya rasa saya terpanggil untuk membantu mereka kerana Allah mempertemukan saya dengan mereka yang memerlukan bantuan," katanya. 

Bagi Kuan, hanya orang yang pernah dibantunya selama ini tahu bagaimana dirinya begitu menghormati mereka. 

Menurut Kuan, pergerakannya terhad dan terasa rimas jika dia memakai seluar panjang lebih-lebih lagi bila dia perlu mengangkat kampit beras berkilo-kilo, barang keperluan yang banyak untuk disumbangkan kepada golongan susah ini. 

Kalau saya pakai seluar panjang, ia akan membuatkan saya rimas dan menghadkan pergerakan saya. Saya akan jadi kurang berupaya membantu lebih ramai orang yang memerlukan bantuan. 

"Janganlah kerana seluar panjang, yang miskin tetap miskin dan yang lapar tetap lapar. Inilah perangai masyarakat kita yang suka mencari kesalahan orang," katanya. 

Malah bagi Kuan, adanya golongan manusia yang suka mengkritik dan mengutuk ini menjadikan dia lebih bersemangat untuk membantu lebih ramai orang Islam berbanding. 

"Golongan yang suka mengutuk dan mengkritik ini sebenarnya tidak membantu golongan orang susah tetapi mereka membantu menaikkan lagi semangat saya," katanya.
Detik yang sungguh indah. Saya tak boleh beri banyak sumbangan tetapi saya berjanji dalam hati yang saya akan membawa adik ini bersiar-siar menaiki LRT. Saya gembira sangat apabila saya melihat Azizah meloncat-loncat gembira apabila habis perjalanan tadi. Ia sungguh menyentuh hati saya - Kuan

Ini pakaian rasmi untuk bantu orang. Saya kena pakai pakaian seperti in tolong orang lain kali. Kalau ada kemalangan di tengah jalan, saya pun mesti balik pakai macam ini, barulah boleh tolong orang. - Kuan
Justeru, Kuan menyeru golongan berkenaan tidak hanya pandai bercakap sahaja. Tetapi turut turun padang memakai seluar panjang bersama dengannya membantu golongan orang susah. 

"Saya harap Allah akan membuka hati kamu sebagai seorang Islam untuk memandang lebih mendalam dan memahami Islam yang sebenar. Mungkin satu hari kamu akan mendapat hidayah yang sebenarnya wahai sahabatku," kata Kuan kepada mereka yang gemar mencari kesalahannya.- The Reporter

Saya Bersyukur Diberi Kesembuhan' - Nazim Othman


Pelakon, Nazim Othman, 32, luah rasa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk sembuh. 

Luahan Nazim yang baru dimuat naik di laman Instagram sejam yang lalu, mendapat perhatian netizen yang tidak putus-putus menerima komen dari peminatnya yang memberi kata-kata semangat. Malah ada yang mengatakan luahan Nazim itu sedikit sebanyak membuatkan mereka insaf. 

"Tadi ada kawan wartawan beritahu, ada seorang hamba Allah telefon syarikat penerbitan akhbar untuk bertanya cara menghubungi saya. Berkenaan adiknya yang diuji tumor dalam kepala. Sama seperti kisah saya tahun lalu. 
"Bezanya, adik dia tak berjaya sembuh, hilang ingatan khabarnya. Sayu hati ini mengenangkan kisah-kisah mereka yang tak berjaya kembali seperti sediakala. Semoga dirahmatiNya. 

"Bagi mereka yang menghidap tumor dalam tubuh atau seperti saya dalam kepala, saya fahami akan kerisauan itu. Namun, ketika didatangkan ujian berat seperti ini, usah sesekali menyalahkan takdir atau mempersoalkan ketentuanNya. Dialah yang Maha Mengetahui segala sesuatu. 

"Saya bersyukur diberi kesembuhan berkat doa bukan saja dari diri sendiri, tetapi dari mereka di luar sana. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih, Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Apa sekalipun yang berlaku, kita kena kuatkan semangat. Setiap ujian didatangkan kerana kita mampu untuk menanganinya," katanya. 

Sementara itu di Instagram Nazim, ramai peminat yang mempersoalkan, bagaimana Nazim menghilangkan parut di kepalanya. - The Reporter

Pelajar Junior Dibayar RM3 Untuk Puaskan Nafsu Songsang Senior


KOTA BHARU - Seorang pelajar senior maahad tahfiz di Pasir Puteh menjadikan seorang pelajar junior berusia 8 tahun sebagai mangsanya untuk melakukan seks oral dengan upah RM3 bagi memuaskan nafsu jijiknya itu. 

Lapor Sinar Harian, pelajar senior yang berusia 13 tahun itu telah mengajak mangsa melakukan perbuatan itu sebanyak dua kali pada jam 5.30 petang pada 10 dan 11 Oktober lalu di dalam sebuah bilik stor di bangunan sekolah berkenaan. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, dalam kejadian pertama, mangsa hanya diajak melakukan seks oral tanpa sebarang bayaran. Namun pada keesokkan harinya, mangsa diajak melakukan perbuatan itu sekali lagi dan ditawarkan dengan upah RM3. 

"Ketika itu mangsa baru selesai makan di kantin, dihulurkan RM3 oleh suspek sebelum mengikut mangsa bersama-sama masuk ke sebuah stor. 

"Bagaimanapun kejadian itu terbongkar selepas 11 hari kemudian, susulan mangsa yang kebetulan mengalami demam ketika diziarahi oleh ahli kelaurganya di sekolah itu. 

"Seorang kawan mangsa yang mengetahui tentang perbuatan suspek, menceritakan perkara itu kepada ibu bapa mangsa. Terkejut dengan kejadian itu, mereka kemudian mendesak mangsa menceritakan kejadian itu. Pada mulanya mangsa memaklumkan bahawa dia diliwat," kata Mohamad Fakri. 

Susulan itu, ibu bapa mangsa membuat laporan polis dan membawa mangsa ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk pemeriksaan. Hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan koyakan atau liwat seperti yang didakwa.

6 Mangsa Maut Dalam Kebakaran Di Hospital Sultanah Aminah


JOHOR BAHRU - Sebuah Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) yang berada di tingkat dua Hospital Sultanah Aminah dilaporkan terbakar, jam 9 pagi ini, lapor Sinar Harian

Kejadian itu menyebabkan suasana hospital menjadi cemas dan kakitangan hospital bergegas menyelamatkan pesakit dan menempatkan mereka di tempat yang selamat.

Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru menerima panggilan kecemasan pada jam 8.56 pagi, telah mengerahkan 10 anggotanya yang tiba di lokasi kejadian pada jam 9.05 pagi dan sehingga jam 10.45 pagi, bomba masih berusaha memadamkan kebakaran. 







Lapor Sinar Harian, terdapat mangsa yang terperangkap, bagaimanapun jumlah mangsa belum dapat dipastikan. 

Harian Metro pula melaporkan, keadaan perkarangan hospital dipenuhi pesakit yang sedang dipantau oleh jururawat dan doktor hospital HSA dan keadaan kini dilihat terkawal.




Senarai nama mangsa yang maut dalam kebakaran di HSA

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan bahawa terdapat tujuh mangsa yang terperangkap.

Melalui laman Twitter rasmi Bomba mengesahkan, tujuh mangsa terperangkap dalam kebakaran itu di mana enam mangsa maut manakala seorang lagi masih hidup. - The Reporter

Monday, 24 October 2016

Pakar Kung Fu Kantoi Menipu Dalam Siaran Langsung


HAWAII - Memalukan! Itulah gambaran saat ketika seorang pengacara televisyen secara tidak sengaja membongkarkan penipuan seorang pakar kung fu dalam siaran langsung.

Anchor Steve Uyehara, pengacara Hawaii News Now, telah menjemput seorang pakar Kung Fu Shaolin, Bruce Silve, yang akan menunjukkan kehebatannya dalam program berkenaan. 

"Saya akan pecahkan papan konkrit ini dengan gelas kaca tanpa memecahkan gelas ini," katanya kepada Uyehara. 

Silva meletakkan empat jari tangan kanannya dalam gelas itu lalu memecahkan batu konkrit itu dengan jayanya."Menakjubkan!" kata Uyehara. 

"Secara jujurnya, ini adalah papan konkrit yang betul" katanya sambil menekan-nekan papan tersebut untuk menunjukkan betapa kerasnya objek tersebut. 

Malangnya tindakan lelaki itu menyebabkan papan konkrit tersebut pecah begitu sahaja tanpa sebarang tekanan yang kuat. Kejadian itu menyebabkan Uyehara tergamam seketika sebelum ketawa tanpa henti. 


"Bagaimana awak melakukannya?" soal Silva yang dilihat berpura-pura terkejut. 

Bagaimanapun pada aksi seterusnya, Silva melarang Uyehara menyentuh papan konkrit itu lagi. - The Reporter